Saturday, January 1, 2011

KRITERIA-KRITERIA WALI ALLAH


Assalamualaikum…
Selamat datang ke blog ini..maaf jika ada kelemahan pada blog saya ini, kerana saya baru mula berjinak-jinak dalam penulisan di blog sebegini. Tulisan yang pertama saya hanyalah ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada pada saya yang lemah ini iaitu tentang “Kriteria-Kriteria Utama Yang Ada Pada Wali-Wali Allah”.
Firman Allah SWT :
الا ان اولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون(62)الذين امنوا وكانو يتقون(63)
Bermaksud : Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.(Iaitu)orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.
Pertama sekali,kita perlu mengenali siapakah itu yang digelar wali Allah? Adakah mereka itu orang-orang yang mengeluarkan fatwa dan keputusan penting? Atau mereka itu orang yang memakai jubah,memakai serban berlapis-lapis,berkopiah hijau putih,bersongkok tinggi, atau juga yang memiliki jawatan tinggi,mempunyai kereta mewah,mempunyai isteri yang cantik bak bidadari tapi tidak menutup aurat ,ataupun memiliki sebuah banglo bak istana? Beberapa soalan yang saya ajukan itu hendaklah kita cuba menjawabnya.Secara umum dan global, para wali Allah itu mempunyai sepuluh kriteria utama dan kalau diperincikan secara mendalam lagi, Boleh mencapai ratusan kriteria.
Disini saya hanya ingin menekankan kepada sepuluh kriteria utama yang ada pada wali Allah, bagi sesiapa yang menemukan sifat-sifat tersebut pada dirinya, maka hendaklah dia memuji Allah dan sesiapa mendapatkan selain daripada itu, maka hendaklah ia terus mengubah cara kehidupan mereka dan bermuhasabah diri mereka.

Kriteria-Kriteria :

1.       Ikhlas dalam beramal.
MengIkhlaskan segala amal perbuatan hanya kerana Allah semata-mata.Celaka dan rugilah bagi orang-orang yang beramal selain kepada Allah dan kita memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada sifat munafiq, riya’(ingin dilihat orang lain) dan sum’ah(ingin didengar orang lain).             

2.       Rasulullah sebagai Imam,Pemimpin dan Suri Teladan.
Wali Allah itu telah rela menjadikan Rasulullah sebagai Imam,Pemimpin dan suri Telada mereka, mereka berhukum dengan hukumnya dan meneladaninya dalam setiap tingkah lakunya.Mereka juga meletakkan Rasulullah sebagai orang yang paling mereka cintai selepas Tuhan Pencipta Rasul mereka iaitu Allah SWT lebih daripada segala apa yang dikatakan berharga dimuka bumi ini.

3.       Mencintai dan Membenci Seseorang kerana Allah.
Sesungguhnya mereka mencintai dan membenci semata-mata kerana Allah, mereka mencintai sekelompok manusia kerana dekatnya hubungan mereka dengan Allah, dan membenci sepuak manusia lain kerana jauhnya mereka daripada Allah.                                                                                                                            

4.       Tidak menyimpan perasaan Hasad Dengki, Benci,dan Dendam kepada semua yang bernama Hamba Allah.
Hati mereka terhadap saudara muslim yang lain sentiasa terjaga, mereka sama sekali tidak menyimpan perasaan sedemikian didalam hati mereka kepada sesiapa sahaja daripada hamba Allah SWT.

5.       Menyempurnakan Ibadah-Ibadah Fardhu dan membekalinya dengan Amalan-Amalan Sunat.
Wali-Wali Allah ini sentiasa menjaga dan agiat untuk melaksanakan setiap Ibadah-Ibadah Fardhu dan menjadikan amalan-amalan sunat sebagai bekal untuk dibawa kehadapan Tuhan Yang Maha Esa nanti.

6.       Mereka Berpegang kepada Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Seseorang hamba itu tidak akan sempurna menjadi hamba Allah yang Hakiki jika sekiranya dipihak lain dia adalah seorang ahli Bid’ah (mengatakan @ melakukan sesuatu tanpa ada dalil atau landasan syari’e).

7.       ‘Amar Ma’ruf, Nahi Munkar dan juga tidak Bakhil dalam menyebarkan ‘Ilmu.
Mereka ini sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan pelbagai method atau cara, mereka juga tidak kedekut untuk menyampaikan ‘Ilmu kepada sesiapa sahaja.

8.       Sentiasa Ingin Mencintai dan Bersatu dengan Kaum Muslimin Serta Tidak Menyukai Perpecahan.
Mereka sentiasa dan istiqamah untuk berada dalam “Jama’ah Islamiyyah” walaupun mereka tahu pelbagai dugaan yang akan melanda, dan mereka Wali Allah tidak menyukai perpecahan dan berusaha mengumpul kekuatan serta menghilangkan segala peselisihan.

9.       Kembali kepada Al-Quran Dan Hadith  Dalam menyelesaikan Perselisihan dan Perpecahan.
Kalau mereka berselisih faham dalam suatu masalah, mereka akan segera merujuk dan menelitinya didalam Al-Quran dan Hadis.

10.   Berkata Benar dan Menjauhi Perkataan Yang Batil.
Para Wali Allah SWT sentiasa berkata dengan benar dan mereka tidak terpengaruh dengan hawa nafsu yang menggoda untuk mengatakan sesuatu yang batil.


Sekian Dulu Tulisan Saya Untuk Kali Pertama Ini……………

No comments:

Post a Comment